Jumpa Lagi PewDiePie

Menyingkap kisah di sebalik persaraan PewDiePie

PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg sekali lagi mengejutkan dunia YouTube dan The Bro Army dengan pengumumannya untuk bersara daripada platform itu baru-baru ini. Berita tersebut banyak tersebar di media hiburan dan tabloid seluruh dunia:

PewDiePie merupakan seorang YouTuber yang berasal dari Sweden dan beliau sangat popular dengan kandungan video seperti Let’s Play, Meme Review & LWIAY. Channel beliau memiliki pengikut paling ramai selama 5 tahun dari 2013 sehingga 2019.

 

Penjelasan Felix tentang persaraan beliau


Selepas mendapat liputan yang meluas, PewDiePie telah memuat naik video baru di channel YouTube beliau untuk menjelaskan keadaan sebenar. Beliau sebenarnya hanya ingin berehat sebentar daripada platform itu pada tahun 2020:

Punca sebenar Felix ingin 'berehat'

Selain daripada ingin berehat, banyak teori dan gosip lain telah dikeluarkan oleh The Bro Army dan wartawan hiburan di media sosial tentang isu tersebut. Ada gosip yang mengatakan beliau ingin berhijrah ke DLive iaitu sebuah platform live streaming yang sedang meningkat naik kerana ‘layanan buruk’ YouTube terhadap beliau. DLive dikatakan menawarkan bayaran yang lebih lumayan dan win-win situation untuk bintang YouTube itu.

 

Nostalgia The Bro Army

 

Anda masih ingat kali pertama anda saksikan PewDiePie di YouTube? Apa video kegemaran anda? Mari strim video-video beliau dengan unifi Mobile dan imbau kembali kenangan anda melihat gelagat PewDiePie bermain permainan video seperti Minecraft, Slender dan Silent Hill.