Makcik Kiah Tawan Hati Netizen

Internet jalan penyelesaian mudah untuk Makcik Kiah sekeluarga

Cover image via Harian Metro

Nama ‘Makcik Kiah’ kini menjadi bualan hangat di kalangan rakyat Malaysia. Popularitinya melonjak tinggi selepas wataknya disebut-sebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pakej yang bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi krisis COVID-19 ini dijangka dapat meringankan kesulitan yang ditempuh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Apa yang pasti, pengaruh dan kehebatan Makcik Kiah kian meningkat hari demi hari. Analogi Makcik Kiah banyak digunakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini melalui lensa seorang rakyat biasa seperti Makcik Kiah.

Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan. Misalnya, Makcik Kiah seisi keluarga ‘muncul’ di media sosial unifi untuk menghebahkan pelan sokongan serta inisiatif istimewa yang ditawarkan kepada para pelanggan untuk memastikan mereka #kekalberhubung.

Akan tetapi, tahukah anda siapa Makcik Kiah sebenarnya?

Makcik Kiah adalah seorang wanita dari golongan B40 yang menjual pisang goreng untuk menyara keluarganya. Beliau tinggal di kawasan perumahan rakyat Desa Tun Razak bersama suaminya, seorang pesara kerajaan yang kini menjadi pemandu Grab dan anak mereka, seorang peminjam PTPTN.

Walaupun sumbangan dalam bentuk tunai diberikan oleh kerajaan, diharapkan Makcik Kiah tidak terus kekal di takuk lama. Beliau dan keluarga harus menyesuaikan diri untuk mengharungi cabaran ekonomi semasa dan mencuba strategi yang berkesan untuk mengembangkan perniagaan pisang gorengnya.

Keluarga Makcik Kiah dan internet

Sepanjang tempoh PKP, Makcik Kiah tidak boleh menjaja di luar manakala pendapatan suaminya turut terjejas. Syukurlah, dengan internet yang dilanggan oleh Makcik Kiah, beliau masih boleh menjual pisang gorengnya secara online atau dalam talian.

Suaminya yang berpengalaman menggunakan aplikasi Grab dapat memainkan peranan untuk mengajar Makcik Kiah cara-cara mendaftar bisnes pisang gorengnya di GrabFood atau aplikasi e-hailing yang lain.

Anak Makcik Kiah pula sudah tentu mahir dengan selok-belok media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. Beliau boleh membantu mempromosikan perniagaan ibunya melalui pelbagai laman media sosial yang sering digunakan oleh penggemar pisang goreng, seperti contoh di bawah:

Perniagaan dalam talian sememangnya kompetitif. Untuk memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika PKP dilaksanakan, unifi ada menawarkan diskaun penyelesaian pemasaran digital yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga makanan seperti Makcik Kiah.

Bagi mengatasi persaingan, Makcik Kiah dan keluarganya perlu mencari jalan untuk menjadikan jenama pisang gorengnya lebih unik.

Mungkin Makcik Kiah boleh menguatkan jenamanya dengan mencipta logo dan nama yang mencuit perhatian netizen di luar sana. Makcik Kiah juga boleh memberi nafas baru kepada pembungkusan atau packaging pisang gorengnya untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Selepas seharian menggoreng pisang dan membungkus makanan, Makcik Kiah boleh berehat dengan menikmati rancangan-rancangan yang disiarkan di unifi TV. Mungkinkah drama bersiri Di Sisimu Aku menjadi pilihan?

#sTayhoMe #stayConnected #dudukrumah #kekalberhubung #kekalselamat #kekalsihat #kekaltabah #kekaldilayani #kekalbermaklumat #kekalterhibur

 

#DigitalMalaysia