Malam Keramat Butterfingers: Cerita Sebenar Di Sebalik Konsert Transcendence 20 Tahun

Temu bual eksklusif bersama Loque, Kadak dan Loko

Bagi peminat-peminat Butterfingers, kita takkan lupa macam mana perasaannya selepas menghadiri gig Butterfingers. Dari Peristiwa Batu Keras, Planet Hollywood, hinggalah ke perjalanan menuruni bukit dari medan parkir Bukit Jalil selepas majlis Rockaway, walaupun ketika itu, ramai yang jelas tak berpuas hati kerana ‘Butters’ hanya fokus lebih banyak kepada lagu-lagu daripada Selamat Tinggal Dunia dan 1.2 Milligrams.

Untuk menyambut ulang tahun ke-20 pembikinan album Transcendence, unifi memberikan #khabarbaik kepada peminat dengan menyeru kembali kugiran grunge tersohor tanahair ini. Sekali lagi, Royal Butters army diberikan peluang kedua untuk menyaksikan ‘Butters’ perform lagu-lagu kegemaran kita seperti ‘The Chemistry (Between Us)’, hit terhebat daripada mereka dan juga lagu pertama yang dimainkan di Konsert Transcendence 20 Tahun beberapa bulan yang lepas.

Malam ulang tahun Transcendence itu boleh dikatakan malam keramat untuk peminat-peminat Butterfingers. Bunyi gitar Loque disambut oleh sorakan hebat dari setiap sudut Stadium Malawati, tetapi singalong verse pertama lagu ‘The Chemistry (Between Us)’ akan selamanya menjadi bisikan di telinga peminat yang hadir pada malam itu.

Loque, Kadak dan Loko sempat berborak dengan kami di Jamming Studio, TM Convention Centre untuk menjawab segala persoalan peminat. Ketiga-tiga mereka sempat menceritakan tentang kisah menganjurkan konsert ulang tahun Transcendence tersebut, #khabarbaik yang mereka terima daripada unifi, Saka Transcendence dan apa sebenarnya yang terjadi di Rockaway.

Saka Transcendence? Apa tu? Loque, Kadak dan Loko dah lama simpan cerita tentang Saka Transcendence, yang ura-uranya datang dari cover album itu sendiri. Kalau nak tau dengan lebih lanjut, muat turun myunifi app di App Store dan Google Play untuk menonton webisode exclusive interview kami bersama Butterfingers.