Pakej PRIHATIN Beri Manfaat Kepada Semua Rakyat

Inisiatif kerajaan yang melindungi keperluan setiap lapisan masyarakat

Semalam, Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 billion untuk menangani virus COVID-19 dan mengurangkan kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara.

Pakej ini termasuklah internet percuma kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa, unifi memberikan pas LTE hotspot 999GB PERCUMA kepada semua pelanggan pelan pascabayar tanpa had unifi Mobile dan pas mingguan tanpa had PERCUMA untuk pelan prabayar unifi Mobile #BEBAS.

unifi TV pula menawarkan akses tanpa caj ke semua saluran, termasuklah saluran premium, serta 20% diskaun untuk pembelian video-on-demand (VOD) dalam usaha untuk terus menjadikan rakyat Malaysia #kekalberhubung.

Buat pelanggan perniagaan pula, pas LTE hotspot 999GB PERCUMA boleh dinikmati oleh pelanggan pelan pascabayar tanpa had unifi Mobile Biz.

Di samping itu, sokongan dalam bentuk bantuan pembiayaan dan diskaun untuk penyelesaian pemasaran digital atau Digital Marketing Solutions turut ditawarkan.

Rujuk kenyataan ini untuk maklumat lanjut dan ikuti media sosial unifi (Facebook, Instagram, Twitter).

Kerajaan juga telah mengumumkan pelan pelaburan sebanyak RM400 juta untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi.

Dengan bajet ini, rangkaian telekomunikasi negara bakal menjadi lebih luas dan meliputi lebih banyak kawasan di Malaysia. Selain daripada sektor komunikasi, kerajaan telah menyediakan bantuan kepada hampir semua pihak, termasuklah dalam bentuk wang ringgit:

Initiatif kerajaan ini bakal memanfaatkan lebih 30 juta rakyat Malaysia (bukan sahaja Makcik Kiah) yang kini sedang berdepan dengan ujian virus COVID-19.

Jika anda juga ingin memberikan bantuan, anda boleh hulurkan sumbangan anda melalui saluran-saluran berikut:

Ingin tahu lebih lanjut tentang perkembangan COVID-19?

Layari #stayConnected, halaman web khas kami yang padat dengan pelbagai informasi terkini.

Kemudahan internet buka peluang kepada golongan peniaga seperti Makcik Kiah untuk maju ke hadapan. Baca kisah Makcik Kiah sekeluarga di sini.

#sTayhoMe #stayConnected #stayinformed #stayproductive #staynourished #stayentertained #stayontopofthings #stayconnectedtotheworld

#DigitalMalaysia